SUKATAN PELAJARAN
SUKATAN PEPEIKSAAN BAHASA MALAYSIA
Bahagian Menengah Rendah
Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia
I. Deskripsi Peperiksaan
Kertas Bahasa Malaysia Peperiksaan Bersama Peringkat Menengah Rendah ini adalah untuk menilai pencapaian calon-calon dalam aspek kemahiran dan pengetahuan bahasa selepas tamat pembelajaran peringkat Menengah Rendah.peperiksaan ini juga merupakan rujukan pihak sekolah untuk meneliti keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
II. Objektif Peperiksaan
1. Penulisan
1.1 dapat menghasilkan karangan dan rumusan mengikut format dan kehendak soalan
1.2 dapat mentafsir maklumat daripada bahan grafik
1.3 dapat mengemukakan isi-isi yang bernas dan positif
1.4 dapat menulis ayat yang gramatis
2. Kefahaman
2.1 dapat memahami dam memperoleh maklumat daripada petikan
2.2 dapat menjelaskan maksud perkataan atau rangkai kata yang bersesuaian dengan konteks penggunaannya dalam petikan
2.3 dapat menjawab soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis
2.4 dapat mengemukakan pendapat secara kreatif dan kritis mengikut kehendak soalan
3. Pengetahuan Bahasa
3.1 dapat memahami makna dan penggunaan perkataan atau rangkai kata mengikut situasi
3.2 dapat menggunakan imbuhan dan frasa dengan tepat
3.3 dapat mengenal pasti ayat yang gramatis
3.4 dapat menggunakan tatabahasa dengan tepat
III Struktur Kertas Peperiksaan
Mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas:
Kertas 1 : Ujian Bertulis ( 100%)……………………………………….. Masa yang diperuntukan : 1 jam 45 minit
Kertas 2 : Ujian Objektif ( 100%)……………………………………….. Masa yang diperuntukan : 1 jam 15 minit
Kertas 1: Ujian Bertulis ( 100%)
Kertas ini terdiri daripada mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Calon diwajibkan menjawab SEMUA bahagian.
Bahagian A: Karangan ( 60 markah )
1. Calon dikehendaki menulis sebuah karangan
2. Sebanyak lima tajuk disediakan.
3. Calon dikhendaki menulis karagan yang panjangnya 180 patah perkataan.
Bahagian B : Rumusan ( 20 markah )
1. Satu bahan grafik dikemukakan.
2. Calon dikehendaki membuat satu rumusan berdasarkan arahan soalan.
3. Rumusan hendaklah ditulis mengikut urutan dalam empat perenggan, iaitu perenggan pendahuluan,
perenggan isi tersurat, perenggan isi tersirat dan perenggan kesimpulan.
4. Rumusan hendaklah ditulis dengan menggunakan 120 patah perkataan.
Bahagian C : Kefahaman ( 20%)
1. Dua petikan kefahaman disediakan .
2. Satu petikan daripada buku teks atau bahan rakaman buku teks Peringkat Menengah Rendah ( Junior 1 - Junior 3 ) dan satu lagi merupakan petikan bebas.
3. Panjang setiap petikan kira-kira 200 patah perkataan.
4. Empat soalan kefahaman dikemukakan dalam setiap petikan.
5. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
6. Semua soalan kefahaman perlu dijawab dengan menggunakan ayat sendiri. Ayat mestilah lengkap dan gramatis.
7. Setiap petikan diperuntukan 10 markah.
Kertas 2 : Ujian Objektif ( 100 markah )
1. Bahagian ini terdiri daripada 50 soalan objektif.
2. Setiap soalan disediakan empat pilihan jawapan.
3. Calon dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat untuk setiap soalan.
4. Kandungan soalan bagi bahagian ini adalah terdiri daripada :
4. 1 Kefahaman petikan ( 10 markah )
4.1.1 Dua petikan kefahaman, iaitu satu petikan bebas (atau grafik), satu petkan sastera ( Petikan sastera adalah
daripada buku teks Peringkat Menengah Rendah ( Junior 1 -Junior 3 ).
4.1.2 Panjang petikan bebas kira-kira 250 patah perkataan.
4.1.3 Setiap petikan disediakan lima soalan.
4.2 Pengetahuan Bahasa ( 40 soalan )
4.2.1 Melengkapkan ayat ( soalan 11-25 )
4.2.2 Melengkapkan teks ( soalan 26-30 )
4.2.3 Mengenal pasti kesalahan ayat ( soalan 31 - 38 )
4.1.4 Penggunaan kata yang tepat ( soalan 39 - 42 )
4.1.5 Penggunaan frasa yang tepat ( soalan 43 - 46 )
4.1.6 Penggunaan ayat yang gramatis ( soalan 47 - 50 )
IV Cakupan Soalan
Bahagian | Cakupan |
1. Karangan | 1.1 Jenis karangan 1.1.1 karangan jenis cerita 1.1.2 Karangan jenis cerita 1.1.3 Karangan jenis gambaran /keperihalan 1.1.4 Karangan jenis peribahasa 1.1.5 Karangan jenis penerangan/fakta 1.1.6 Karangan jenis perbincangan/perbahasan 1.1.7 Karangan jenis ucapan/syarahan/ceramah 1.1.8 Karangan jenis jenis laporan 1.1.9 Karangan jenis dialog /wawancara/temu ramah 1.1.10 Surat kiriman 1.2 Dimensi karangan 1.2.1 individu 1.2.2 keluarga / sekolah 1.2.3 masyarakat / negara * isu yang dibincang hendaklah berkaitan dengan isu semasa dan relevan dengan pengalaman serta pengetahuan calon. |
2. Rumusan | 2.1 jadual 2.2 carta pai 2.3 carta bar 2.4 graf garisan 2.5 peta 2.6 pelan 2.7 iklan 2.8 gambar rajah 2.9 carta aliran |
3. Kefahaman | 3.1 Jenis soalan 3.1.1 maksud kata/rangkai kata 3.1.2 soalan berdasarkan petikan 3.1.3 soalan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) - hanya dalam kertas 1 3.1.4 soalan sastera*- hanya dalam kertas 2 3.2 Petikan bebas 3.2.1 Jenis petikan 3.2.1.1 cerpen 3.2.1.2 novel 3.2.1.3 drama 3.2.1.4 pengumuman 3.2.1.5 keperihalan 3.2.1.6 pendapat/ulasan 3.2.1.7 perbincangan 3.2.1.8 fakta 3.2.1.9 syarahan / ucapan / ceramah 3.2.1.10 laporan 3.2.1.11 berita 3.2.1.12 surat kiriman 3.2.1.13 resensi buku 3.2.1.14 penulisan blog 3.2.2 Tema Petikan 3.2.2.1 kekeluargaan 3.2.2.2 sosial 3.2.2.3 budaya 3.2.2.4 ekonomi 3.2.2.5 pendidikan 3.2.2.6 alam sekitar 3.2.2.7 bahasa dan sastera 3.2.2.8 sains dan teknologi 3.2.2.9 kesihatan 3.2.2.10 sukan 3.2.3 Sumber petikan 3.2.3.1 cerpen 3.2.3.2 novel 3.2.3.3 drama 3.2.3.4 akhbar tempatan 3.2.3.5 majalah tempatan 3.2.3.6 bacaan akademik 3.2.3.7 hasil ciptaan sendiri 3.2.3.8 internet 3.3 Petikan Sastera 3.3.1 pantun 3.3.2 syair 3.3.3 sajak 3.3.4 cerpen |
4. Pengetahuan Bahasa |
4.1 Golongan kata 4.1.1 Kata Nama 4.1.2 Kata Kerja 4.1.3 Kata Adjektif 4.1.4 Kata Tugas 4.2 Imbuhan 4.2.1 Imbuhan Awalan 4.2.2 Imbuhan Akhiran 4.2.3 Imbuhan Sisipan 4.2.4 Imbuhan Sisipan 4.2.5 Imbuhan Pinjaman 4.3 Kata Ganda 4.3.1 Kata Ganda Seluruh 4.3.2 Kata Ganda Separa 4.3.3 Kata Ganda Berentak 4.4 Kata Majmuk 4.5 Penjodoh Bilangan 4.6 Peribahasa 4.7 Hukum D-M 4.8 Kata Banyak Makna 4.9 Kata Hampir Sama Makna 4.10 Kata Hampir Sama Bunyi 4.11 Frasa 4.11.1 Frasa Nama 4.11.2 Frasa Kerja 4.11.3 Frasa Adjektif 4.11.4 Frasa Sendi Nama 4.12 Ayat 4.121 Jenis Ayat 4.12.2 Pola Ayat 4.12.3 Ayat Tunggal 4.12.4 Ayat Majmuk 4.12.5 Ayat Biasa 4.12.6 Ayat Songsang 4.12.7 Ayat Aktif 4.12.8 Ayat Pasif |
* dalam buku teks Peringkat Menengah Rendah ( Junior 1 - Junior 3 )